Manusia sering kecewa kerana apabila dizalimi tiada balasan serta merta mengena orang yang menzalami. Sedangkan Allah yang Maha Esa wujud, Maha Mengetahui dan Maha Menguasai setiap detik kejadian. Di manakah keadilan?
Persoalan ini meragukan insan yang ingin merapatkan dirinya kepada Allah dan agama yang diredai-Nya iaitu Islam. Mereka beranggapan dengan memeluk dan menghayati cara hidup yang diredai oleh Pencipta maka kesengsaraan akan hilang.
Bukankah definasi agama yang benar adalah agama yang membuatkan insan bahagia bukannya sengsara!
Namun, agama yang diredai ini bersifat paradoksikal pula. Semakin diserahkan diri semakin pula menerima seksa.
Penerimaan seksa masih boleh difahami kerana itu adalah ujian Allah untuk dibalasi di akhirat nanti. Sebaliknya, apa yang tidak boleh difahami adalah keadaan selesa dan gembiranya kehidupan orang yang menzalami. Inilah paradoksnya.
Kalangan yang beramal kebaikan tatkala yang beramal kejahatan menguasai cara hidup pasti menghadapi permasalahan ini. Dengan kata lain, suasana ini tidak berlaku di kala dunia didominasikan (baca dikuasai) oleh kalangan yang baik.
Ketika keadaan dunia adalah ‘malam’, golongan jahat akan menghimpit gerak golongan baik kerana mempertahankan cara hidup melalui kuasa. Mereka merancang dan melaksana dengan amat yakin kerana sumber kekuatan duniawi mereka mengatasi golongan baik. Golongan baik pula walaupun telah dilatih untuk bersabar dan bersedia secara mental untuk menghadapinya masih berpecah belah dengan hal-hal yang tidak fundamentals.
Persoalan Allah membenarkan golongan jahat menyeksa golongan baik boleh diterima. Sebaliknya, Allah membenarkan golongan jahat bergembira dengan kezaliman mereka malah menambah nikmat duniawi kepada mereka menjadi sesuatu yang meragukan. Sepatutnya (mengikut perkiraan golongan baik), “kami perlu menanggung seksa dan mereka akan dibalasi.” Hakikatnya tidak, “kami menanggung seksa dan mereka semakin senang.”
Kemungkinannya ialah Allah menangguh balasan kepada golongan yang jahat. Mengapa pula? Untuk memberi peluang bertaubat dan berubah kepada kebaikan. Peluang diberi bukan hanya sekali, namun sepatutnya beberapa kali agar suatu hari nanti (akhirat) seksa yang diterima adalah adil dan abadi. Kalau hanya sekali buat kesalahan dan terus ditimpa hukuman maka tidaklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Beri petunjuk dan peluang kepada dua jalan: buat baik dan buat jahat.
Seperkara lagi, bagi golongan baik tugasan mereka adalah beriman dan beramal saleh termasuk memberi peringatan dan khabar gembira. Mereka tidak ditugaskan untuk memaksa perubahan. Petunjuk dan perubahan manusia adalah milik Pencipta.
Rumusannya, peluang untuk bertaubat diberi berkali-kali agar kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, seksaan di sana adalah adil, berpatutan dan abadi. Oleh itu, jangan berduka atas kesenangan mereka. Doakan mereka berubah kerana di sana amalan sudah tidak diterima. Itulah keadilan Ilahi.
p/s: Peluang bertaubat diberi berkali-kali, Mengapa “orang” tu tak sedar-sedar lagi, Adakah “dia” seronok dengan kehidupan duniawi, Sampai lupa akhirat jua yang kekal abadi.
Nak tengok wayang atau tengok bola kat stadium? Susah juga hendak buat keputusan kerana kedua-dua tiket ada. Dua-dua dapat free, tiket wayang “Captain America” pun ada. Tiket bola “Malaysia vs Singapura” pun ada.
Pilihan perlu dibuat, tak boleh berada di dua tempat dalam satu masa. Lainlah kalau aku boleh buat Kagebunshin no-jutsu macam cerita anime Naruto tu. So dengan paksa rela, aku buat keputusan untuk tengok wayang “Captain America” yang berlangsung pada jam 7pm.
Dengan harapan wayang tamat pada jam 9pm dan aku sempat ke kedai mamak untuk menyaksikan perlawanan bola sepak selepas itu. Seperti dalam jangkaan, saya memang sempat menonton wayang dan sempat juga menonton perlawanan bola sepak dalam satu malam.
Cerita “Captain America” pada pengamatan saya boleh dapat 3.5 out of 5. Kenapa? Bukan ler tak best, tapi macam climax cerita tu takder. Climax cerita memang ada cuma tak sampai seperti yang aku expect. Rasa cam mendatar jer jalan ceritanya.
Nak cerita banyak-banyak pun tak guna. Kena tengok cerita tu sendiri baru tahu. So, lepas habis tengok wayang aku ke kedai mamak untuk melihat perlawanan bola pula. Semasa aku tengok perlawanan bola, Malaysia leading 1-0. Perlawanan bola nampaknya agak menarik.
Aku pun order la teh-o ais dan nasi goreng ayam. Sedang tunggu makanan dan minuman aku sampai, tetiba Singapura dah jaring satu gol. Penyokong Malaysia yang ada di kedai mamak menjerit tanda tidak puas hati dan marah.
Tiba-tiba aku rasa perlawanan bola jadi tidak seronok dan sampai saja minuman yang dipesan, tawar pula rasanya. Apa la, potong stim betul. Tengok jer la perlawanan bola tu dengan harapan dapat ler Safee Sali jaringkan gol sekali lagi, sebab nak harap player lain cam tak bersemangat jer.
Dah masuk masa kecederaan, tambahan 5 minit diberikan ada gaya macam hendak gol. Tapi sayangnya, nak harap hero seorang (Safee Sali) memang tak dapat la. Bola bukannya one man show, kena berpasukan. Tapi ahli pasukan lain pula tak bermain macam Safee Sali. Nak buat macam mana, setiap orang ada keistimewaan masing-masing.
Malaysia akhirnya seri dengan Singapura. Walaupun seri, perbezaan agregat 2 mata kepada Singapura menyebabkan Malaysia tidak layak untuk ke pusingan seterusnya. Akhirnya kedua-dua wayang cerita dan wayang bola aku dah tengok.
So, dua-dua aku dapat tengok. Wayang “Captain America” selesai, Wayang “Malaysia vs Singapura” pun selesai. Harap-harap Malaysia akan ada improvement lagi dimasa akan datang.
As always saya akan buka beberapa laman web kegemaran, salah satunya ialah LowYat.Net iaitu website yang berkaitan dengan ICT dan informasi terkini mengenainya. Salah satu website yang banyak ilmu mengenai ICT yang boleh dikongsi di dalam forumnya.
Salah satu info atau iklan yang dipaparkan agak menarik perhatian saya. Dimana LowYat.Net akan memberi 125 tiket percuma kepada member yang berdaftar dengan LowYat.Net. Boleh layari di sini.
Apa yang perlu dibuat ialah saya perlu register dengan pantas dan submit sepantas yang mungkin. Sekiranya lambat, paparan “Error Detected” akan keluar yang bermakna anda telah gagal.
Pun begitu, tiket hanya release setiap 10 keping bagi setiap jam. Sejak pagi tadi sudah berpuluh-puluh tiket sudah diberi kepada yang berjaya. Hint bila tiket akan release ialah mengikuti perkembangan melalui twitter @LowyatNET.
Lebih kurang jam 9.20pm saya menunggu dengan sabar untuk register. Apabila masanya telah tiba saya dengan pantas register form yang diberikan. Thanx to my Razer Tarantula, you make me proud.
Akhirnya saya telah memenangi 10 tiket terakhir, dan saya adalah orang 2nd last yang berjaya mendapatnya. Rasa cukup bertuah, rasa tak sabar hendak tunggu hari Khamis nie. Huhuhu…
Sekarang musim durian, macam-macam jenis durian yang ada. Durian Kampung, D24, D99, D101 dan bermacam-macam jenis ‘D’ lagi yang ada di pasaran termasuklah durian yang diimport dari Thailand.
Aku pun salah seorang penggemar durian, tapi bukanlah fanatik sampai mengidam. Jumpa saja durian terus beli, bukanlah sifatku. Kalau ada makan, kalau bukan musim, tak kisah pun kalau takder.
Aku takderlah macam salah seorang officemate aku yang mengidam buah rambai, sampai ke Sabah cari buah Rambai. Takder buah Rambai siap beli pokok Rambai, entah berapa tahun pulak nak tunggu berbuah.
Semasa aku pergi ke Chow Kit, ada la beberapa gerai yang menjual durian. So, ada la beberapa gerai yang menyediakan tempat duduk untuk kita makan durian sekali. Sedang membelek durian, maka terlihatlah seorang pelancong sedang menikmati duriannya.
Seronok pula tengok mat salleh ni makan durian, kusyuk sambil dia membelek-belek handsetnya. Solo pulak tue, tak nampak pula partner dia kat mana-mana. Mungkin ada la di sekitar, sebab tue dia belek-belek SMS agaknya.
iPhone, Blackberry, LG, Nokia… how do you decide amongst these phones? Well, everyone has different needs and usage, and every smart-phone fits to different personalities. Are you a workaholic, stylish or a gadget freak? Find out which Celcom Smartphone best reflects your identity and style.
Assalamualaikum, ustaz…… apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu ini. Wassalam terima kasih.
JAWAPAN
Perlu difahami bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga sumber sahaja. Iaitu :-
a) Al-Quran
b) Hadith Sohih dan Hasan
c) Fitrah kejadian alam (sunnatullah)
Tanpa ketiga-tiga ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :
Ertinya : ” Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT” .
SUNNATULLAH ( HUKUM ALAM) BOLEH DIPERCAYAI
Maksudnya adalah mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.
Alah SWT menyatakan : Ertinya : “Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya.” (al-Mu’minun: 71)
Inilah yang perlu dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:
Firman Allah ertinya : “Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti.” (Fathir: 43)
Hasil dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.
Idea tilikan dan pengiraan tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan, keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah’ atau tajribah (percubaan dan analisa) pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih moden dan visual dari satellite.
Begitu juga khasiat kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.
Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.
NABI PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB
Nabi Muhammad s.a.w. datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan sebagainya.
Justeru itu Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara’.
Rasulullah membacakan kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:
“Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta.” (an-Naml: 65)
Bukan Malaikat, bukan jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:
“Kalau aku dapat mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi) yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau beriman.” (al-A’raf: 188)
Oleh kerana itu, barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan mendustakan manusia banyak.
JANGAN JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI
Sebahagian utusan pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka Nabi menjawab dengan tegas:
“Aku bukan seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung serta seluruh tukang tenung di neraka.”
Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.
Memang tabiat bomoh atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.
Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )
Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali ‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )
Semoga semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat, perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka’ juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.
Perlawanan akhir adalah penentu kemenangan sama ada Juara atau Naib Juara. Semasa di dalam Group D, team “Angry Birds 1″ menentang Pre-Klinikal. Dan kini team “Angry Birds 1″ jumpa sekali lagi dengan pasukan Pre-Klinikal di final.
Sebelum perlawanan berlangsung, kapten pasukan telah menukar corak strategi permainan dengan mengeluarkan pemain simpanan iaitu Sharulhizad dan Rahman sebagai bergu lelaki bagi perlawanan pertama. Sekaligus memberi rehat yang cukup kepada ayam tambatan “Angry Birds 1″ iaitu Saiful dan Farhan.
Seperti yang dijangka, pihak lawan telah mengeluarkan pemain terkuat bagi pusingan pertama. Mereka tidak jangka team “Angry Birds 1″ akan membuat penukaran pemain. Mereka membuat isyarat tanda “Jari” sambil geleng kepala, menunjukkan bahawa mereka telah tersilap percaturan.
Perlawanan final pusingan pertama tidak memberi tentangan sengit kepada pihak lawan. Beberapa kesilapan berlaku, namun memang ini yang diharapkan oleh kapten pasukan. Walau bagaimanapun, Sharulhizad dan Rahman tetap bermain seperti biasa. Kekalahan dipusingan pertama sudah dijangka.
Perlawanan bergu wanita pula adalah pasangan Faizah dan Shida (PRO). Gandingan mantap pasukan wanita ini tercabar, apabila corak permainan pasukan wanita pihak lawan nampak berlainan. Seperti ada aura baru yang muncul, tidak seperti perlawanan sebelumnya.
Bergu wanita “Angry Birds 1″ nampaknya agak sukar hendak mendapat mata, manakala kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku telah pun berlaku. Mata demi mata dikumpul oleh pihak lawan sekaligus menyukarkan bergu wanita “Angry Birds 1″ merapatkan jurang perbezaan mata.
Namun setelah berehat sebentar, bergu wanita “Angry Birds 1″ telah mendapat rentak dan mengenalpasti corak permainan pihak lawan. Kelemahan backhand pihak lawan menjadi kelebihan pasangan Faizah dan Shida (PRO). Perlawanan cukup sengit kerana pihak lawan juga jarang melakukan kesilapan.
Namun begitu, kekuatan smash yang ada pada Faizah dan permainan net yang ditunjukkan oleh Shida telah memberi kemenangan pertama dipusingan kedua. Baru kali ini saya nampak pasukan bergu wanita “Angry Birds 1″ berpeluh-peluh, selalunya tidak.
Setelah kedua-dua pasukan mendapat mata 1-1. Pusingan ketiga adalah penentu kemenangan sama ada Juara atau Naib Juara. Ayam tambatan Saiful dan Farhan yang telah bersedia beraksi dengan cemerlang.
Pihak lawan yang cuba menggunakan taktik psikologi nampaknya kurang berhasil, apabila jeritan dan sergahan yang dibuat-buat tenggelam oleh sorakan penyokong team “Angry Birds 1″. Diawal permainan, setiap serangan cukup menyengat.
Apabila pasangan Saiful dan Farhan sudah menghampiri mata akhir. Moral permainan pihak lawan nampaknya seperti sudah luntur dan kurang bersemangat. Boleh dilihat corak permainan tidak cukup bertenaga seperti diawal perlawanan dan perlawanan sebelumnya.
Cukup sahaja mata akhir, penyokong team “Angry Birds 1″ bersorak menyambut kemenangan pertama dalam sejarah JTM dalam pertandingan badminton sejak ia ditubuhkan. Perlawanan telah pun berakhir, hadiah telah pun disampaikan.
Kami semua balik dan berkumpul di kedai mamak berdekatan untuk makan dan minum sambil menceritakan detik-detik kemenangan. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain “Angry Birds” iaitu Saiful, Farhan, Faizah, Shida (PRO), Azrina, Sharulhizad, Rahman dan Azizi.
Tidak lupa juga penyokong-penyokong “Angry Birds” yang sanggup menunggu hingga ke perlawanan akhir dan memberi sokongan yang tidak terhingga. Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung. Terima kasih diucapkan kepada Ketua Jabatan Teknologi Maklumat iaitu Dr. Ahmad Taufik Jamil kerana memberi pelepasan awal kepada skuad badminton JTM.
Perlawanan semi final pula agak sengit apabila pasangan Saiful dan Farhan bertembung dengan pasukan (entah x ingat). Beberapa kali penyokong “Angry Birds” bersorak untuk memberi sokongan sekaligus memberi tekanan psikologi kepada pasukan lawan.
Permainan yang dipersembahkan cukup menarik dan kesilapan jarang berlaku. Setiap markah yang hendak dikutip terasa lamanya. Apabila team pihak mendapat mata, penyokongnya akan bersorak dan memberi tekanan kepada player “Angry Birds”.
Begitu juga dengan pihak penyokong “Angry Birds” memberi sokongan kepada player harapan. Agak sukar hendak mendapat mata dan agak sukar hendak menjauhkan mata. Setiap mata yang dapat dikumpul pasti akan dikejar oleh pihak lawan.
Detik cemas apabila mata penamat hanya beza 2 mata sahaja. Namun setelah kelemahan pihak lawan telah dikenalpasti, Farhan dan Saiful play safe dan tidak memberi peluang untuk pihak lawan membuat pukulan smash. Team “Angry Birds” akhirnya menang walaupun tipis.
Bergu wanita pula juga menang mudah, apabila pasangan Faizah dan Azrina menang mudah dengan mata 30-6. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan kepada bergu wanita kerana confirm menang.
Dengan kemenangan 2-0 kepada .. telah melayakkan team “Angry Birds 1″ ke perlawanan Akhir.
Perlawanan kali ini berlangsung dengan cukup mudah. Boleh kata paling awal habis dan tidak mengeluarkan peluh pun. Bergu lelaki utama iaitu Saiful dan Farhan menang mudah 30-11 kepada pihak lawan JPB (Memey).
Manakala bergu wanita menang mudah dengan mata 30-2. Saya yang sampai agak lewat kira-kira jam 7.15pm seperti tidak percaya. Dengar cerita perlawanan mula kira-kira jam 6.30pm dan berakhir tidak sampai jam 7pm untuk kedua-dua perlawanan bergu lelaki dan wanita.
Bergu wanita pasangan Faizah dan Azrina pula tidak berpeluh langsung. Sungguh mudah rasanya, tetapi tidaklah sampai tak ingat dunia. Apa pun team “Angry Birds 1″ berjaya ke peringkat Separuh Akhir.
Perlawanan akhir team “Angry Birds 1″ dengan pihak lawan iaitu Pre-Klinikal A adalah yang paling sengit. Dimana lawan kali ini adalah yang terkuat dalam banyak-banyak perlawanan di dalam Group D.
Skuad bergu lelaki Saiful dan Farhan adalah gandingan utama yang menjadi harapan selama perlawanan berlangsung. Oleh kerana perlawanan begitu sengit, penyokong juga agak sengit dengan sorakan dan bunyi botol yang bertalu-talu.
Ternyata penyokong Pre-Klinikal A begitu bersemangat memberi sorakan dan sekaligus memberi tekanan emosi kepada team “Angry Birds 1″. Penyokong team “Angry Birds 1″ juga tidak memberi peluang, setiap mata yang dapat dikutip oleh Saiful dan Farhan, penyokong akan bersorak dan sampai masuk ke gelanggang.
Melihat keadaan itu, pengadil memberi amaran kepada penyokong “Angry Birds 1″ agar menjaga disiplin semasa perlawanan sedang berlangsung. Mata yang dikejar juga sangat rapat dan ini memberi tekanan psikologi kepada setiap pemain.
Setelah bertukar gelanggang, kedua-dua pihak agak letih dimana boleh dilihat kebanyakan smash yang dilakukan kurang bertenaga. Permaianan net menjadi pilihan pemain dan ini memberi kelebihan kepada Farhan yang jauh lebih handal. Akhirnya team “Angry Birds 1″ menang di pusingan pertama.
Bergu wanita pula ialah gandingan Faizah dan Shida (PRO). Ayat confirm menang tidak seperti digambarkan diawal pemainan. Dimana Faizah sering membuat kesilapan dengan memukul bola terlalu kuat sehingga keluar. Melihat corak permaianan seperti ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada bergu lelaki di pusingan ke-3.
Apabila mata pihak lawan mencecah 8, barulah Faizah dan Shida mengejar semula. Satu demi satu mata dikutip dengan mudah, apabila Faizah dan Shida sering memberi bola belakang dan bola drop secara selang-seli. Ini membuatkan pihak lawan terkejar-kejar bola dari depan ke belakang dan sinar kemenangan terpancar sekaligus memberi kemenangan mudah kepada team “Angry Birds 1″.
Dipusingan ke-3 pula, terjadi kejar mengejar mata di antara bergu lelaki Sharulhizad dan Rahman. Pihak lawan yang sering melakukan smash, menyukarkan Rahman dan Sharulhizad untuk menyambutnya. Namun, apabila bertukar gelanggang pihak lawan mengumpul mata lebih pantas.
Kesilapan juga sering berlaku, mungkin juga sudah penat. Tanda-tanda kekalahan dipusingan ke-3 telah menjadi nyata apabila perlawanan berakhir. Walaupun begitu, team “Angry Birds 1″ telah menang 2-1, sekaligus memegang rekod menang straight untuk keempat-empat perlawanan di dalam Group D.
Keesokannya, team “Angry Birds 1″ selaku juara Group D akan bertemu dengan JPB (Memey) selaku naib juara Group B.