Uncategorized

PEMBETULAN : Artikel “Bahan Ramuan Secret Recipe Tidak Halal”

Setelah mendapat maklumat dari sumber lain dan komen dari pembaca. Saya telah membuat panggilan telefon secara langsung dengan Wan Zawani Bt Wan Ahmad iaitu beliau ialah Eksekutif Halal dari Syarikat Secret Recipe di talian 03-7803 4891. Beberapa penerangan diberikan secara ringkas dan padat berkenaan isu produk yang dikatakan tidak halal.

Memang syarikat Secret Recipe ada menggunakan produk dari syarikat Puratos, tetapi bukanlah dari Puratos Malaysia yang tidak halal. Secret Recipe menggunakan produk yang diimport dari Belgium yang telah mendapat pensijilan halal diiktiraf dan disahkan JAKIM.

Saya secara rasminya menarik balik artikel berkenaan “Bahan Ramuan Secret Recipe Tidak Halal” yang saya paparkan sebelum ini dan secara terbuka memohon maaf di atas kesilapan yang berlaku. Diharap pelanggan Secret Recipe tidak salah faham sebab saya pun penggemar Kek Secret Recipe.

7 thoughts on “PEMBETULAN : Artikel “Bahan Ramuan Secret Recipe Tidak Halal”

  1. Next time, investigate dahulu, selidik dahulu sebelum menulis apa2 berita. Tanya pada pihak yang bertanggungjawab.

Leave a comment