Overhaul Enjin Modenas Kriss 110

Salah seorang officemate ku mengalami masalah motorsikal semasa on the way balik dari pejabat ke rumah. Motorsikalnya yang telah berjasa sejak dari zaman belajar di kolej sehinggalah kerja, baru pertama kali breakdown. Al-maklumlah motorsikal dah uzur tua pulak tu.

Selepas melepasi Tol Besraya motorsikalnya membuat simptom pelik dan ganjil sehinggalah mati secara tiba-tiba. Mengingatkan kawannya yang kami gelar Pak Cu mempunyai seorang anak buah yang bekerja sebagai mekanik motorsikal, terus kawanku ini menelefon Pak Cu untuk meminta bantuan terhadap masalahnya ini.

Dipendekkan cerita, Pak Cu sampai dan menolak motorsikal Modenas Kriss kawanku ini sehingga sampai ke bengkel anak buahnya di Sg. Besi. Masa pun berlalu dengan pantas. Selepas beberapa hari, motorsikalnya pun telah siap dibaiki.

Apa yang menarik adalah kos overhaul sahaja RM583, Wow!!.. Angka yang cukup besar untuk overhaul sebuah enjin motorsikal. Alasan mekanik tersebut ialah hampir semua komponen di dalam enjin tersebut rosak dan tak boleh pakai. Mekanik itu juga menggunakan 100% komponen original Modenas Kriss.

Tercengang kawanku ini mendengar penjelasan mekanik tersebut. Bukti komponen yang dipasang adalah original ialah pembungkus plastik yang sudah lusuh mempunyai sticker dan cop Modenas. Mekanik itu juga menunjukkan komponen yang telah rosak.

Kasihan kawanku ini kerana dia merasakan kos membaiki adalah sekitar RM3xx sahaja. Sekali kena hampir RM600. Nak tunggu gaji masih ada seminggu, nak tak nak terpaksa la pinjam duit dari sorang kawan officemate. Aku pula hanya dapat tolong hantar dia sampai ke bengkel sahaja, nak jadi banker? minta maaf la, saya pun kering bulan ni.

Moral of the story, “Jangan Cakap Besar”. Why? Kenapa? Ada cerita di sebalik kisahnya ini. Kira-kira 3 bulan yang lepas saya buat valve clearance pada motorsikal Honda Gelombang (Wave 100). Alang-alang dah buka enjin, buat la Top Overhaul. Dipendekkan cerita, kos baikpulih berjumlah RM350. So, kawanku ini berkata “Hiishh tak mahu la aku hantar kat kedai motor ca ya nun alip mahal kena tipu bla bla bla”.

So, sekarang dia pula terkena RM580 di kedai bengkel motor Melayu. Sekarang ni siapa yang kena tipu? Dan berapa pula jumlah bezanya? Tepuk dada tanya selera. Buat kawanku Mohd Azrul, jangan bersedih. Duit boleh dicari, motorsikal tu jugalah untuk ko pergi dan balik kerja. Apa yang penting, motor ko sekarang dah mantop. Hehehe…

About these ads

33 thoughts on “Overhaul Enjin Modenas Kriss 110

    • Punca jem sebab tidak jaga minyak hitam. Servis jarang sekali. Motor pun dah tua, dah berapa belas tahun. Sebab mahal guna barang Modenas Ori (kata pomen tu la)

  1. salam sume…sekadar ingin berkongsi pengalaman….sy pernah g baiki dua buah motorsikal modenas kriss…masalah lebih kurang sama seperti di atas. sy mengandaikan bhwa saudara Azrul x kena tipu. apabila motorsikal yg sudah tua dan uzur sampai pada satu tahap, die kna overhaul dan melibatkan keseluruhan enjin. motor sy di overhaul kan dengan kos yg hampir sama juga iaitu RM560….. utk motor sy yg kedua (yg awal tu dh jual), terpaksa mnjalankan rawatan top overhaul n ia hanya melibatkan bahagian head block shj, x kacau enjin melainkn mmg kritikal di enjin, kos utk top overhaul sy RM280….harga x jauh beza sgt (tgk tmpat n kedai)…jadi sy rasa x kena tipu kot…tp lumrah bila guna motor yg dh uzur…huhu…salah silap hrp di maafkan…

    • Saya bukan ler nak kata kawan saya (Azrul) kena tipu. Sebab saya juga pernah buat FULL Overhaul dan cecah sehingga RM700. Apa yang saya cuba jelaskan ialah kawan saya ni cuba membandingkan antara kos TOP Overhaul dengan FULL Overhaul. Memang ler jauh beza harga dan upahnya, ditambah lagi saya buat di bengkel Cina berbanding dia ke bengkel Melayu. Tapi memang lumrah dan adat manusia tidak melihat dari perspektif lain hanya melihat pada angka ringgit yang menjadi ukuran.

    • Usia enjin dan kesan wear and tear adalah lumrah. Ditambah pula dengan faktor cara pemasangan semula oleh tangan pomen ni. Kilang ada standard blue print untuk pemasangan enjin banding pomen pula berdasarkan pengalaman masing-masing..

  2. kikiki…salam suma… minta maaf mencelah…
    baru-baru ni saya pun buat full service ke atas motor saya bermula dari coverset, wiring sehingga ke enjin… saya habis RM 300 untuk coverset dan wiring… enjin plak saya habis hampir-hampir RM 850, clutch plate complete set termasuk mangkuk dsbnya, blok nak kena potong sayang plak so saya beli saja blok racing yang siap dengan piston dan ring sebab kos potong lagi mahal… valve dan valve seal baru… cam baru… pastu polish balik head, lubang minyak ngan lubang angin… suma polish balik… yang kecewanya road tax… setahun RM289… gila toi… insuran nih… alasannya comprehensive… pala hotak dia… ngalahkan kancil…

    • Saya buat Full Overhaul enjin sahaja. Wiring dan Coverset tidak termasuk.
      Kos total hampir cecah RM700. Mostly part adalah Honda Japan bukan Thailand.
      Barang baru cuma stock lama. Kena rajin cari sebab barang terhad.

      Road Tax RM2 sahaja. Insuran All Rider Comprehensive RM175.
      Baru jer renew minggu lepas. Saya insured motor saya RM3000.
      Insuran company ialah Pacific & Orient

      Sekian..

  3. Ada sapa2 kat sini yg expert pasal Kriss Modenas x? Motor tahun 2001…condition skrg masih boleh lagi la nak buat pergi balik keje..cuma naik bukit semput sikit la..kadang2 xsampai 40kmj.. and then kuat makan minyak hitam..
    kalau ada cadangan mana bengkel2 atau pomen2 area KL yg boleh dipercayai, sangat dialu-alukan.. Ingat nak Fully Ovehall..xtau budget berapa..Kang kalau main redah je bengkel cha ya nun alip..tau2 je la..benda boleh pakai lagi die ckp rosak..

    Nak tanya la pada otai2..Possible ke motor yg dah berusia 11tahun tu di baik pulih mcm usianya dlm 3-4 tahun..dalam erti kata sedap la nak bawak…bukan apa.. sayang motor tu..bini no. 1 tu..kalau boleh xnak jual..

    • kalau motor semput ada berapa perkara perlu di teliti. 1) valve mungkin mengalami masalah. 2) ring pada piston. 3) cluch plat haus. Tak perlu buat full overhoul, top overhoul sudah memadai..

    • minyak itam makan pasal piston ring abis atau blok calat..
      compress dalam blok bocor smpai myak itam jadi asap putih kluar dari exhaust..
      bende senang jee broo.. beli blok ngan piston baru.. grin valve balik.. mark cantik2.. pasang balik.. satel..

    • x nak makan minyak itam pakai minyak castrol..takat yang aku pakai ok je..aku pakai castrol cicak..memadai..

    • asalammualikum…..2 klu x silap kriss 1st model kan?yg xde disk break depan kan?moto model 2 sy x heran gear 3 mmg kuat gile masok je gear 4 siap trus drop berdasar kan pengalaman sy tukar je ke gear box kriss 2 block tukar baru x pon potong block tuko piston baru n grain valve blk insyallah kompem ok dah pastu untuk pertanyaan sila hubungi saya k sy sedia membantu jangan risau xde bayaran ape2 pon tny je k 0178300802 aiman…..

  4. xde ke laman web yg tunjuk satu satu pasal enjin kriss…atau enjin motor apaapalah…nak blajar sendiri…suruh org ni…sikit sikit upah…sikit sikit uph…duik bynk tak pa lah…motor tu je bawak gue kemana mana…

  5. Baru2 ni aku fulloverhaul motor kriss 110 thun 96….motor bapak aku…..sbelum ni pernah dioverhaul oleh cha ya nun alip beberapa tahun yg lepas….hampir 600 jgak….lepastu aku sambung belajar di KL…konon2 nak bawak lah motor kriss tu ke KL…nk sedap sikit…baru2 ni hantar kedai overhaul di kawasan kulai johor……bukak punya bukak enjin….pelbagai masalah timbul….bush gear 4 hancur…bearing starter hancur….mangkuk clutch dan auto one set…rod goyang….yg aku x sangka sekali mangkuk(clutch atau auto aku x ingat)….pernah sekali aku hantar pomen dia cakap mangkuk tu goyang pastu dia welding…sebab nak beli baru mahal…..skrang ni telah memberi kesan kepada mangkuk tu dan perlu ditukar baru one set…mangkuk yg telah diwelding tu berharga 195 ringgit jika beli baru…..masuk akal ke??harga overhaul keseluruhan mencecah RM600

    • Selalunya kalau overhaul takder pulak sampai kena welding mangkuk.. just tukar part wear and tear jer, kalau welding mangkuk dah kira lain.. Full overhaul memang dalam range harga RM600 plus minus.. depend sama ada guna part original atau 3rd party..

    • tp bagi cadangan saya nk senang cite pki je clutch tangan senant cite housing clutch pon x yah pki dah terus buang lg bgs pickup pon insyallah terbaek…..

  6. Mmng laa biasa nya spare part kriss mahal skit jika di bandingkan dgn motosikal lain kecuali suzuki…dn saya tdk la t: kejut dgn ape yg kwn saudara alami tu…rata sdh sya dgr jika seseorg tu overhall kriss kos nya mmng tggi…malah sya sndri pun prnh buat top overhall tlh menelan belanja rtusan rggit..tu sya sendri yg buat…jika buat kat bengkel tak tau la brp yg kene

  7. baru-baru ni saya pun kene overhaul injin modenas kriss 110, 1998 saye..kos nya cuma RM487..Overhaul cuma kos upah RM150 + ngan welding lubang tapak bawah tuk foot rest RM200(4lubang)..brg2 pakai balik sbb ada yg masih ok, cuma ketika itu saya ada jugak bawak spare part kriss lama saya spt (block, head, rod set siap piston rod & clutch)..lps dah overhaul, brg2 yg lebih cam blok, head siap valve ngan high cam, set rod & clucth dia kate nk jual tuk kawan dia..dia nk amek dlm RM 90 je..bior betul harge tu..ada pandangan mengenai masalah harga ni? sepatutnya spare part 2nd kriss ni brp yg patut dijual agak2nya..

  8. saya overhaul moto kriss saya sendiri…dah abih 600 sebab enjin dah kong… tp barang ori mmg payah cari…jd saye pakai ciplak jerr…

    • xde hal ciplak ke ape yang penting conrod ori pki long yg lain local pon xde hal yg pntg moto std la….jgn moto bw main ko pki barang local x agak2 plak kan menempah maut nm nye 2 kan…

  9. salam . . .
    agk2 kriss kalo top overhaul brape kene bro ??
    moto da tue . .takut kene tggi je (kene tipu)

  10. motor kriss aku pun dah meragam lepas tukae satu set klac ,auto.enjin bunyi bising .asap hitam dan putih xad pun kua kat e kzos enjin ase nya ok lg .biila bawa laju ckit enjin makin bising n ase kadang2 tskat sekat enjin.kick stater pn slalu loss

  11. salam semua,motor kriss aku 110cc. kali ni merupakan kali ke 2 dah overhoul…tp still xtahan lama…skrg motor ada masalah pada rod..aku pun tak paham pomen ckp apa…aku nak tanya korang kat sini, kalu rod goyang atau bunyi…boleh tak kita repair kat bahagian rod shj..

  12. salam..hari ni dlm sejarah 1st time buat overhaul kedai tu nk smpai 900..mcm pening jap jadinya..masuk akl ke?motor modenas kriss 110..aduhhhhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s