Lecehnya Buka Akaun Bank di CIMB

Sejak dari kecil saya suka menabung. Duit belanja yang tidak habis pakai akan saya simpan di dalam tabung. Sampai satu masa tabung saya penuh dengan syiling. Maka tibalah masa untuk saya membuka akaun bank.

Saya mula membuka akaun di Bank Bumiputra (kini dikenali CIMB). Bermula dengan RM80 saya mendapat sebuah ‘Tabung Kancil’ yang mempunyai muzik apabila duit syiling dimasukkan.¬†Semasa saya belajar di sekolah menengah nama Bank Bumiputra telah bertukar kepada Bumiputra Commerce.

Sehinggalah saya mula bekerja di Kuala Lumpur, nama Bumiputra Commerce bertukar kepada CIMB. Walaupun namanya telah bertukar berkali-kali, saya masih tetap menggunakan CIMB kerana duit gaji saya masuk melalui bank ini.

Anakku Muhammad Umair Darwisy mendapat banyak wang semasa kelahirannya. Ramai rakan sepejabatku dan saudara-mara isteriku memberi buah tangan berupa barang dan wang.

Oleh itu, tibalah masanya aku sebagai seorang ayah membuka akaun bank untuk anakku. Wang tunai sebanyak RM450 dan cek RM500 milik Umair akan aku masukkan ke dalam bank.

Dalam fikiranku, terdapat banyak bank tempatan yang menarik minatku. Di antaranya ialah Bank Islam dan Bank CIMB. Aku berminat pada Bank Islam kerana ianya mempunyai kewangan islamic. Akan tetapi, memandangkan cawangan Bank Islam dan ATM agak terhad. Maka aku batalkan hasratku dan beralih kepada Bank CIMB.

Oleh kerana aku juga pemegang akaun Bank CIMB, aku rasa agak mudah untuk aku transfer wang dari akaunku ke akaun Umair nanti. Tapi niatku untuk membuka akaun Bank CIMB terbantut disebabkan oleh polisi bank yang padaku tidak mesra pelanggan.

Pada waktu rehat, aku mula pergi ke Bank CIMB cawangan Taman Connought kerana itulah Bank CIMB yang terdekat dengan pejabatku. Bank CIMB cawangan Bandar Tun Razak telah berpindah ke Taman Connought.

Aku mula bertanya pada salah seorang kakitangan di Bank CIMB dengan tujuan untuk membuka akaun untuk anak. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah “Apa alamat anak Encik?”. Aku assume dia bertanyakan alamat pada surat beranak anakku.

Spontan aku cakap “Semenyih”. Maka kakitangan CIMB tersebut berkata “Oh! Encik kena buka akaun di Bank CIMB cawangan yang terdekat dengan alamat pada MyKad” “Disebabkan CIMB tidak mempunyai cawangan di Semenyih, cawangan terdekat ialah Kajang”

Dalam hati saya, punyalah susah nak buka akaun bank. Saya pun mula bertanya pada kakitangan tersebut “Kenapa saya kena pergi ke CIMB cawangan Kajang?” Kakitangan tersebut menjawab¬†“Di sini tidak boleh, Encik kena buka akaun di Kajang”.

Benci betul aku masa tu, susah payah datang macam ni pula jadinya. Sedang aku berfikir sejenak kakitangan itu menambah “Kita (CIMB) sekarang dah tak isi borang macam dulu, semua urusan kita buat secara online” Maka di situ aku dapat point untuk kenakan dia balik.

Aku pun mula bertanya “Kalau CIMB sekarang berurusan secara online, kenapa perlu saya bersusah payah ke cawangan Kajang sedangkan data dan transaksi boleh diurus secara online?” Kakitangan tersebut terdiam seperti termakan dengan kata-katanya.

Kakitangan tersebut pun kata “Ini adalah polisi kita (CIMB)”. Aku berfikir andaikata aku hendak buka akaun bank di CIMB, aku kena balik Labuan disebabkan alamat pada MyKad beralamat di Labuan. Disebabkan karenah birokrasi CIMB aku membatalkan hasratku. Aku faham sekiranya karenah birokrasi seperti ini berlaku apabila orang hendak mengeluarkan wang. Tetapi dalam kes ini, aku hendak masukkan wang.

Disebabkan sakit hati dengan CIMB, aku membuka akaun Maybank di cawangan Taman Equine berdekatan dengan rumah mertuaku. Apabila aku bertanya dengan kakitangan Maybank berkaitan dengan urusan membuka akaun untuk anak. Apa yang diperlukan ialah Sijil Kelahiran Anak dan MyKad Bapa (saya). Tanpa banyak soal kakitangan tersebut menghulurkan 2 borang untuk diisi.

Selesai mengisi borang saya disuruh tunggu, tak lama kemudian nama saya dipanggil dan urusan membuka akaun untuk anakku Umair pun selesai. Cukup mudah, senang, pantas dan mesra pelanggan. Aku tidak perlu menunggu lama, akaun pun dah siap. Saya kena ambil nombor giliran untuk memasukkan wang pula. RM450 saya masukkan melalui kaunter dan cek RM500 saya masukkan melalui mesin Cek Deposit.

Selesai semua urusan, saya dipanggil sekali lagi kerana ada hadiah untuk Umair iaitu sebuah tabung mempunyai gambar harimau melambangkan Maybank. Saya rasa inilah perkhidmatan yang sepatutnya ada pada setiap bank. Aku sekarang mula terfikir untuk menutup akaun di CIMB dan beralih kepada Maybank. Hhmmm…

About these ads

11 thoughts on “Lecehnya Buka Akaun Bank di CIMB

  1. perkara seperti ini memang di luar jangkaan, apabila kita berurusan……di-bank
    pehak bank kena peka dan biar lah orang yg berkerja di counter hadapan yg ada mesra pelanggan jangan pilih …………..yg tak boleh berkerja…. jaga imej tempat kerja kita………

  2. huhu.skarang mmg susah nak bkk acc. Sy haritu bukak acc maybank pon dia tanya memang duduk dekat kajang ke.dalam hati, kenapa tanya? pastu dia ckp polisi dorang skang dah tukar… I think suma bank skarang titik berat alamat kat mykad/sijil laher untuk bukak bank kt cawangan mana.hmm~ tatatu nape.. malas nak kaji.kekeke.

  3. Salam 1malaysia……sy warga indonesia ingin menanya kn bagai mana dan apa syarat kalau ingin buka satu akau bank ???? Kalau ada cadangan dan balasan tolong sms/cll di no 0147316337 / emel mnasir833@gmail.com saya memang dari dulu ingin punya akaun bank

    • Salam Saudara,

      Salah satu syarat untuk buka akaun bank di Malaysia perlu mempunyai passport yang sah. Selain dari itu, saya tidak tahu. Adalah lebih baik saudara pergi ke cawangan bank yang berdekatan untuk bertanya lebih lanjut mengenai akaun bank buat warga asing.

  4. Sebenarnya yang buat tahi ni cawangan bank tersebut hingga rosak imej bank. Polisi sendiri yang dibuat. Saya penah nak buka akaun savings ambank islamic sebab interest savings antara tertinggi, atm ambank boleh withdraw RM10.00 dan dimana ada 7-eleven mesti ada atm ambank. Walaupun dah mempunyai akaun semasa dengan branch sama lebih setahun, branch tersebut kata nak buka akaun simpanan kena bawa surat lantikan kerja dan deposit RM50.00. Leceh betul nak bawak kertas A4 dalam poket. Bila call customer service ambank, mereka suruh bawa kad pengenalan dan duit deposit RM20.00.

    Samalah dengan branch Maybank tempat staff-staff baru saya nak buka akaun. nak masuk cek gaji pun lambat jika ada passbook berbanding yang akaun tanpa passbook. Senang kata mereka ni spesis pemalas lah.

  5. sekarang – selepas 4 tahun = saya baru je buka akaun Kwik CIMB tanpa perlu ke kaunter,malah melangkah seinci pun ke CIMB bank…..semuanya secara online,kad ATM & PIN akan diposkan dalam 7 hari masa bekerja….semalam baru isi deposit dekat mesin cash. Servis ni Maybank pun takde huhuhu…..harap2 Maybank akan follow…..

    • Akaun Kwik ni serupa prepaid card account. no. akaun adalah no. kad,kan? Memang 100% online, tapi takde dividen simpanan.dan cashback untuk setiap pembelian.

  6. sy nak buka akaun utk anak 13 thn dan pergi ke cimb dan juga bsn. Mereka minta kad pengenalan. Tapi amsalahnya ialah cip kad kp tu tak boleh dibaca pulak. Sapa la yg buat polisi ni… terpaksala gi ke jpn utk tukar ic baru, kena pulak tunggu lg 3 minggu. Dulu buat akaun dgn ic tanpa cip ok je. Makin maju makin susah pula.

  7. apa pun urusan di kaunter kat malaysia ni suka menyusahkan pelanggan melalui polisi atau iso yg dia org buat sendiri.. nampak macam bagus.. kotak penilaian lah.. kotak mesra lah.. semua tu hanya gimik utk pelanggan.. yg sebenarnya nak lulus dan dapatkan sijil iso yg di iktiraf antarabangsa kononnya.. tapi yg kenyataannya.. meraka semua manusia yg selalu kata pergilamatidengandiaorang bukan saudara mara aku..

  8. Nasihat sy, jauhi berurusan dgn cimb ,rhb bank. Smada kredit card,akaun, loan,gold.. Selain kita boleh memboikot krna cimb mnggunakan security system selian israel.. Kita jga boleh mngelakkan masalah pada msa akan dtg.. Sya ada 6 akaun dgn cimb,nyaris nk kna blacklist sbb kurang 4 sen dlm akaun.. Skrg nk ttup smua akaun pindah ke Maybank. Maybank bank pilihan terbaik kt mesia stakat ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s